Monday, May 30, 2016

Had Batasanku

Ketahuilah
Selembut mana tutur bicaraku denganmu
Kesabaran aku melayan kerenahmu
Yang terlalu mengerah, siang malam aku menjawab panggilan telefonmu
Sampai menggadaikan masa bersama keluargaku

Aku juga ada had batasanku
Jika kerana aku terlalu baik selama ini
Mungkin kamu akan terkejut suatu hari nanti
Apabila aku "explode" dan menyumpah seranahmu

Aku tahu aku hanya kuli bawahan
Namun tidak adakah peri kemanusiaan terhadapku?
Sudah setahun aku bertahan, tapi kini tidak lagi aku mampu

Wednesday, May 25, 2016

Berlariku ke Gunung lalu ke Pantai #AADC2

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi… sepi.. dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar… aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri


Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam
Jaring laba laba belang di tembok keraton putih


Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Lalu ke pantai…



Tuesday, May 24, 2016

Ain't Much

Ain't much that I want
Ain't much that I need
All I ever seek for, is HAPPINESS

Awak? Kenapa awak berubah?

Awak
Saya rindu awak yang dahulu
Sudah berubahkah awak?

Awak
Kenapa awak tidak seperti dahulu?
Tidak sayangkan saya lagi?
Sudah ada yang lain?

Awak
Jalan apa yang terbaik buat kita?
Berpisahkah? Atau berjuangkah?